; ;

KENAPA RAMAI SUKA BELI RUMAH SUBSALE ?

02:23

Kategori Pembelian Rumah

Semua orang berpendapat beli rumah hanya ada satu jalan sahaja.Sebenarnya terdapat 3 kategori pembelian rumah di Malaysia.


      1. Pembelian hartanah dari developer ( underconstruction ) -- High Risk

      2. Pembelian rumah dari auction ( Rumah lelong ) -- Medium Risk

      3. Pembelian hartanah dari owner rumah ( Subsale ) -- Low Risk

    
Setiap kategori pembelian ada pro dan cons yang tersendiri dan risiko yang perlu dihadapi. Untuk permulaan, saya lebih suka pembelian rumah kali pertama melalui hartanah subsale. Saya akan ceritakan mengenai hartanah subsale terlebih dahulu.

Hartanah Subsale.


Gambar contoh untuk unit subsale,akan ada banner dari ejen yang menjual

Kelebihan ;

a.  Jika unit kosong ,rumah boleh terus disewakan semasa proses handover rumah selesai. Sebelum itu perlu meminta keizinan owner rumah untuk berbuat demikian. Duit untung sewa boleh cover kos legal fee.

b. Boleh markup loan jika owner menjual below market value. Cash yang lebih jangan pula korang pi berjoli. Simpan dalam asb/tabung haji untuk membeli rumah yang kedua.

c. Risiko mendapat rumah terbengkalai tiada langsung. Semasa viewing boleh tengok sepuas hati sebelum letak deposit.

d. Boleh mencari hartanah di kawasan yang sudah matang. Bagus untuk mendapat permintaan sewa yang tinggi seperti daripada pelajar atau pekerja.

e. Banyak pilihan dan harga yang berpatutan mengikut bajet sendiri. Janganlah korang tengok rumah semi-d dengan harga 800k kalau gaji pokok hanya RM3000 sahaja..memang lah mahal. Beli dahulu rumah ikut kemampuan diri sendiri. Bila gaji dah naik + komisen side income, beli lagi rumah yang lebih selesa untuk keluarga.

Kekurangan ;

a. Perlu sediakan deposit 10% daripada harga rumah. Daripada 10% tersebut, 3.18% perlu diberikan kepada ejen hartanah untuk lock unit tersebut. Jika loan tak lepas, booking akan dikembalikan sepenuhmya.

b. Proses handover rumah status leasehold/master title mengambil masa yang lama sehingga 6 bulan. Jika status freehold hanya 4 bulan sahaja proses handover sudah siap. Dalam kes ini, kita perlu memilih lawyer yang betul-betul efisien dalam membuat kerja untuk client. Bila proses ini tergendala lama, pembeli perlu membayar penalti fee kepada owner lama. 




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook